Rawatan penggantian Methadone atau "Methadone Replacement Therapy" merupakan salah satu kaedah perawatan dadah gantian di Malaysia. Ia mula diperkenalkan pada 2005. Ia adalah satu usaha mengurangkan penularan HIV/AIDS akibat suntikan bercampur. Ia walaubagaimanapun agak bercanggah dengan hasrat Malaysia mencapai masyarakat sifar-dadah. Setelah bertahun menimbang pelbagai faktor akhirnya kerajaan akur dengan kesan positif yang diharapkan dari program rawatan dan rehabilitasi ini. Antara faktor penarik adalah:
1. Kebayakan kes penyalah-gunaan dadah melibatkan heroine
2. 75% peratus dari kes HIV di Malaysia berkait dengan perkongsia jarum suntikan dadah
3. Pendekatan mengurangkan permintaan dadah di Malaysia jelas tidak begitu berjaya.
Kejayaan awal yang dicapai menyebabakan kerajaan semakin serius dengan kaedah perawatan ini dan menyasarkan sehingga 5000 subjek untuk rawatan. Seperkara lagi jelas didapati bahawa penghidap HIV akibat suntikan lebih tetap dalam mendapatkan rawatan antiretroviral berbanding pesakit HIV bukan akibat suntikan.
Sebanyak 58 lokaliti terlibat sebagai pusat perawatan termasuk hospital, klinik kerajaan dan swasta. Bagi merancak lagi kesan positif perawatan ini beberapa agensi turut terlibat sebagai pusat rawatan seperti penjara dan Pusat Anti-Dadah kebangsaan. Kerajaan juga berjaya mengurangkan kos perawatan dari RM5 kepada RM1.80
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment